Friday, March 18, 2011

Majalah Produksi Multimedia

DSLR
Apakah maksud DSLR? D untuk digital, S pula untuk single-lens,manakala R untuk reflex cameras. Jadi semua sudah tahu kan?Sekarang, mari kita bercerita tentang DSLR, saya bukannya mahir untuk bercerita perihal ini. tetapi saya cuba untuk berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu tentang DSLR.
DSLR sekarang sudah menjadi trend kepada masyarakat. Sana sini semuanya menggantung DSLR samada di bahu atau leher.


FUNGSI
Sebelum kita menyelam lebih dalam mengenai ilmu fotografi, ada baiknya jika kita mengenali fungsi-fungsi kawalan yang ada pada sesebuah DSLR terlebih dahulu. Pentingnya kita memahami setiap fungsi kawalan adalah untuk memudahkan kita menggunakannya kelak. Gambar-gambar dibawah menunjukkan setiap fungsi kawalan yang ada pada sesebuah DSLR. Tetapi, tidak semestinya semua DSLR dilengkapi dengan fungsi kawalan seperti yang terpapar di dalam gambar dibawah bergantung kepada jenama dan model (gambar dibawah adalah sebagai rujukan dan panduan sahaja dan tidak semestinya sama dengan DSLR lain)

PANDANGAN HADAPAN




PANDANGAN ATAS




PANDANGAN BELAKANG





JENIS JENIS LENSA KAMERA DSLR
Lensa merupakan alat terpenting dari kamera. Berfungsi untuk memfokuskan cahaya hingga mampu menerangkan gambar tangkapan ke medium penangkap (film atau sensor digital). Terdiri atas beberapa lensa/optik yang berjauhan yang boleh diatur sehingga menghasilkan ukuran tangkapan gambar dan variasi fokus yang berbeza.
Beberapa jenis lensa yang banyak dikenal di kalangan fotografer adalah :-Sudut Super Lebar (Super Wide Angel)
Kadang disebut lensa fish-eye. Jangkauan sangat luas, sehingga kadang membentuk distorsi bentuk.


   



  •                                                                                                    
     







    KELEBIHAN KAMERA DSLR
    Sila layari laman web ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjuthttp://mini-tripod.blogspot.com/

    Kualiti Optik
    Kualiti lensa DSLR tentu saja lebih bagus dengan kamera saku. Selain itu, pilihan kualitinya beragam, tergantung isi saku.

    Kualitas Gambar
    Kerana sensor DSLR lebih besar, kualiti tangkapannya lebih bagus dibandingkan dengan kamera kompak.



    Fleksibel
    DSLR dengan mudah berganti lensa sesuai dengan keperluan..


    Kecepatan
    DSLR lebih cepat dalam soal kecepatan kecepatan menangkap gambar, start up, dan juga shutter lag (jeda antara waktu menekan tombol bidik hingga gambar tersimpan).


    Viewfinder Optis
    Dengan viewfinder optis, apa yang terlihat di jendela bidik akan sesuai dengan hasil yang terakam.


    Jangkauan ISO Lebar
    Setting ISO (tingkat kepekaan sensor pada cahaya) memiliki jangkauan lebih luas, sehingga lebih fleksibel memotret di segala bahagian bahkan di tempat yang minim cahaya sekalipun.


    Kontrol Manual
    Meski pada beberapa kamera kompak telah dilengkapi setelan manual untuk memotret, namun jumlah dan fleksibilitas nya lebih beragam di DSLR.

    Nilai
    Kamera DSLR dipandang memiliki nilai leibih dari pada kamera kompak. Kerana faktor “kadaluarsa” nya lebih panjang. Investasi pada lensa tidak akan basi kerana sentiasa boleh digunakan..


    Ruang Ketajaman
    Sering disebut depth of field. Dengan DSLR, ruang ketajaman objek foto biasa diatur dengan berleluasa.


    KEKURANGAN KAMERA DSLR

    Harga
    Kamera DSLR memang lebih mahal dari pada kamera saku. Namun sekarang sudah ada kamera DSLR kelas entry level yang harga nya lebih terjangkau.


    Saiz
    Ukuran dimensi tentu lebih besar dibandingkan kamera kompak. Mengambil nya dari beg memerlukan waktu beberapa saat.


    Memerlukan perawatan
    Kamera ini memerlukan perawatan ekstra. Ketika leka mengganti-ganti lensa, ada kemungkinan debu dan kekotoran masuk ke sensor, sehingga harus rajin membersihkannya agar kamera tidak cepat rosak.

    Kompleks
    Pengelolaan dan pengesettan kamera DSLR memang lebih komplek, kerana dirancang untuk pemotretan manual. Namun kini banyak kamera DSLR baru yang menyertakan ffasiliti tambahan untuk pengelolaan yang mudah dan otomatis di dalamnya.


    Membidik via Viewfinder
    Kebanyakan kamera DSLR tidak menyediakan fasiliti LCD untuk membidik objek, seperti pada kamera saku. Namun beberapa kini, sudah menyediakan fasilit ini lewat feature Live View.