Aidil Zafuan
Nama penuh
Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Tarikh lahir
3 Ogos 1987 (umur 21)
Tempat lahir
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Posisi Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab semasa Negeri Sembilan FA
Nombor 7
Kelab remaja
Negeri Sembilan FA
Kelab senior 1Tahun Kelab App (Gol)*
2006-Sekarang Negeri Sembilan FA
Pasukan kebangsaan( 2)2008
2007-Sekarang Malaysia XI
Malaysia 5 (1)
16 (1)
1 Penampilan dan gol kelab senior
dikira untuk liga domestik sahaja.
2 Penampilan dan gol pasukan kebangsaan adalah tepat
semasa 8 Disember, 2008.
* Penampilan (Gol)
Kerjaya Beliau
Aidil Zafuan merupakan produk
Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan
Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja
Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun
2004.
Pasukan Remaja Kebangsaan
Pada tahun 2004, Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke
India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di
India.
Bersama Negeri Sembilan
Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama
Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama
Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara
Liga Super Malaysia dan naib juara
Piala Malaysia
Pasukan Bawah 23 Tahun Kebangsaan
Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan
Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan
Pestabola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke
Sukan SEA Korat di
Thailand pada tahun
2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.
Pasukan Kebangsaan
Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada
Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh
FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang
Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada
Chelsea F.C